Sunday, June 16, 2013

Sehari di Kota Singa

Racangan asal hanyalah untuk ke Johor Bahru sahaja. Tapi memandangkan dah kat tambak Johor tu kitaorang henjut la sikit ke Singapore. Kitaorang pergi balik hari je. Plannya nak pusing-pusing bandar je tapi on the way ke Singapore tu kitaorang decide untuk masuk ke Universal Studio Singapore (USS). Alang-alang dah ke Kota Singa kannnn!!

Kitaorang gerak dalam pukul 11 lebih kot! "sewa" anak buah untuk bawa kitaorang masuk ke sana sebab dia memang hari-hari dok bawak orang masuk sana. Sebelum masuk Singapore kitaorang berhenti kat Larkin Central jap. Ada urusan yang hendak diselesaikan. Sambil-sambil tu aku pergi print tiket masuk USS yang kitaorang booking semasa dalam perjalanan ke Larkin. 

Dari Larkin Central hanya ambil masa lebih kurang 15 minit je untuk sampai ke imigresen Malaysia-Singapore. Dalam 15-20 minit melepasai imigresen, kami sampai ke destinasa iaitu Sentosa (USS).

Kitaorang dok berjalan, bermain, bergambar, bergumbira di USS dari pukul 130pm sehingga 630pm. Tak cukup weh masa 5 jam tu kat USS! Seelok-eloknya dari pukul 8am lagi dah ada kat USS. Makna katanya, kena habiskan masa seharian baru la puas hati untuk masuk dan main semua aktiviti  dalam USS tu. Nasib baik kitaorang sempat cover semua tempat. Cuma ada beberapa permainan yang kitaorang skip. Kejar masa punya pasal.

Okay, lets checkidout the pics!!

 
Logo Transformers

the missile

New York Public Library

Public Library macam dalam cerita Night At The Museum. Ada scene dia kat Public Library kalau tak silap (yang patung besar boleh bercakap tu). Aku pun dah tak ingat. Ke cerita lain..entah la..hahahaha!

Universal Studio Store
Dapatkan cenderahati korang kat sini!
psssstt! aku tak beli apa-apa pun kat sini. heee




Popcorn Kioks







Big Bird n School Bus
Kalau korang bernasib baik, korang boleh jumpa maskot Big Bird kat sini dan boleh bergambar sekali. Kitaorang sempat jumpa dan bergambar hari tu. Tapi sayangnya gambar tu takde pada aku.


Transformers The Ride
Ok, yang ni memang highly recommended la untuk masuk dan cuba ride kereta transformers tu (Evac car). Tersangat la best!  Amazing experience! Tetapi awas kepada sesapa yang mudah pening dan mabuk, tak digalakkan untuk ride sebab ianya memang adventure! berpusing-pusing dan break mengejut tu memang cara dia. Dan tiba-tiba nak reverse. Benda yang langsung tak boleh dijangka. Disebabkan peng-ride (haha..maksud aku sesapa yg naik keta tu la) dibekalkan dengan spec 3D makanya kitaorang dapat rasa dan tengok benda-benda melantun-melantun depan mata dan kena langgar. ooohh!!! memang tak tau nak cakap macam mana lah. kena cuba sendiri baru tau! Sumpah! yang ni permainan yang paling best bagi kitaorang.

Bumble Bee

Optimus Prime

Sci Fi City. Transformers The Ride

Battlestar Galactica
  
Battlestar Galactica

Yang ni kitaorang tak naik sebab tengah pening-pening lalat lepas naik kereta Transformers. Kalau naik yang ni sure muntah punya lepas tu. Dah la lapar.

Accelerator

Yang ni pun tak naik. Accelerator ni lebih kurang macam naik permainan yang langgar-langgar kereta tu. Macam tak menarik je bagi kitaorang sebab tu kitaorang tak naik. haha

Egypt
Ni dah masuk kawasan yang ala-ala Mesir. Memang sana lah pun kan! Ingat movie The Mummy? ha! yang tu la ni.



Jurassic Park
Masuk sini tengok menatang besar. Dinosour! kat sini pon boleh main macam-macam. Nak yang basah, yang kering semua ada. Tapi yang menarik bagi aku hanya yang main air macam kat taman tema tu je kot! (kitaorang tak main pun. haha)

#standby baju lebih ok kalau nak main yang basah-basah tu!

Far Far Away
Kat sini boleh jumpa macam-macam. Geng-geng Madagascar, Shrek, dll. Kat sini pun kitaorang bernasib baik sebab sempat jumpa dengan beberapa maskot dalam movie tersebut. Sempat la jugak bergambar dengan Si Kucing Fussy. Comel dan pandai buat lawak Fussy ni. haha.. Kitaorang sempat jugak bergambar dengan perempuan Witch dan anaknya ke putra (ke sape entah. tak igt sangat dalam cerita apa).

depan ni memang wajib bergambar kalau ke USS!


Sebenarnya ada banyak lagi pic yang nak dikongsi. Tu sebahagian je baru. Tapi bila fikir balik, kongsi mana yang patut jelah ye! lagi pun tak banyak koleksi yang ada pada aku. Macam-macam lagi ada kat USS ni. Persembahan daripada B-Boy pun best! Ala-ala showdown (key untuk korang). 

Pendek kata memang berbaloi la kalau masuk ke USS ni walaupun bayar (macam) mahal tetapi semua benda boleh main, semua tempat boleh masuk dengan sekali bayar tu je. Tak nyesal eh datang sini. Get new experience! Learn new things!



Ni itinerary untuk sehari kitaorang kat Singapore:

1) Tiket USS rm150 x 3 = rm450
2) Tambang rm100 (termasuk minyak) + rm50 (habuan kesian kat anak buah) *
3) Makan + minum kurang dari $20 (untuk 4 orang termasuk driver) (nasi ayam harga $2.50 setiap satu)
4) Shopping di Mustafa, pasaraya Boon Lay, USS = lebih kurang $200
 Total around = rm 1150

*kalau tak nak bawa kereta ke Singapore, boleh ambil private cab (teksi yang diuruskan oleh orang perseorangan; guna kereta sendiri) kat Larkin Central. It will cost you around $25-$30 per head (ni untuk ke  USS atau Bukit Merah atau kawasan yang berhampiran). Kena pandai ambil hati driver and bargain! Kalau tak, kena ketuk harga mahal sikit & kalau charted lagi mahal rasanya.

*kalau solo trip dalam rm500 dah cukup dah untuk cover duit tiket USS + shopping sikit-sikit!

#another tips: kalau nak pergi 1 tempat je contohnya USS atau  Orchad Road, tak payah charted kereta/teksi tu. Masa naik tu cakap dengan driver boleh tak kalau balik nanti nak suruh dia datang ambil sesambil dia hantar penumpang masuk ke Singapore (tu kalau dia ada customer & masuk Singapore la. kalau tak, kena cari alternatif lain la). Set masa terus dan kat mana nak jumpa masa nak balik tu. Dan jangan lupa ambil nombor telefon driver tu. Apa-apa hal boleh terus contact je!



pssttttt: sila sediakan duit lebih (untuk hal emergency!)



#trip kitaorang ni ditaja! jimat duit!!! haha



Selamat Melancong!


No comments: