Showing posts with label fesyen. Show all posts
Showing posts with label fesyen. Show all posts

Sunday, March 25, 2012

dinner oiii !!

hari ni aku ada dinner. sebut je dinner atau event mula la aku pening. tak tau nak pakai ape. temanya memang dah ada. Formal katanya. I wonder la jugak macam mana ke caranya nak pakai pakaian yang ikut tema tu. maklumla orang yang attend event tu semua letops-letops punya. kalau ikutkan tema ni la yang paling senang nak dapatkan pakaian. pakai apa pun boleh as long as formal.

seharian lah jugak aku dok cari pakaian yang sesuai dan berkenan dan berpatutan. tapi ape aku dapat? dapat penat!! hadoiyaipon! tapi sebenarnya dapat la jugak kasut sepasang dan jacket. sampai sudah tak jumpa baju yang menjadi pilihan hati. memang banyak yang berkenan tapi macam tak kena tema je.

tawakkal jelah. paling-paling takde baju pun, aku ingat aku nak pakai je baju kurung moden je (tak berapa nak fesyen sungguh). tak pun kemeja + slack. atau kemeja + skirt labuh. kan kena tema tuh! tapiii, tak meletops! :p

akhirnya, hasil godekan dalam almari, aku jumpa la beberapa pasang baju yang agak sesuai. so aku mix and match jelah. memang tak meletops pun! tapi tetap jugak tak tau padanan mana satu yang nak dipakai. lets jom kita tengok apa yang aku dapat hasil daripada 'pancingan' tadi..

Striped blouse


kebaya nyonya


long skirt


pants

empat item yang kat atas tu yang sememangnya dah ada. cuma jarang pakai. kita cuba 'couple-couple kan' mereka okay!


jacket
jacket ni aku baru beli. murah jer. toksah tanya berapa harga & brand ape!

sumpah aku taktau nak pakai ape dengan ape. agak kebuntuan jugak la. makanya, aku cuba-cuba la demo dulu mix and match. nak tengok mana yang sesuai. dan kat bawah ni hasilnya. mari kita lihat bila pakaian-pakaian tu di-mix-n-match-kan. 

kebaya nyonya di-mix-n-match-kan dgn pants + jacket
kebaya nyonya di-mix-n-match-kan dgn long skirt + jacket 


striped blouse di-mix-n-match-kan dgn pants + jacket 


striped blouse di-mix-n-match-kan dgn long skirt + jacket 

hah sudah!!! aku dah pening! taktau nak pilih kombinasi mana. dua-dua nampak ok. siyes taktau nak pilih. tunggu jelah nanti, bila dah dekat-dekat waktu nak bersiap-siap tu tau la mana satu nak pakai. ye dak? korang pun boleh la cuba-cuba buat mix n match macam ni kalau dah agak-agak terdesak taktau nak pakai ape atau pun tak jumpa-jumpa baju yang nak dibeli. jimat pun jimat ni.

nanti dah pegi dinner kang, aku cuba la snap sekeping dua gambar (kalau ada kamera!). nak tengok jugak kombinasi mana yang aku pilih.




Baju Murah!

youuu,, you pakai baju yang branded-branded tak? beg ke? kasut ke? semua yang branded eh?
waaaaahhh !!! kaya la you. semua nak main branded je. tak branded takde kelas kan! ape celop!!!*tak memasal*

sebenarnya kan, tak kisah la pakaian you tu, kasut you tu, beg you tu branded ke tak. yang penting gaya pemakainnya dan kesesuaiannya dengan badan kita ni ha deknon! kalau beli yang branded tapi nampak macam yang cap ayam je buat ape kan? nanti tak pasal-pasal kena gelak je. dah tu pulak kalau beli yang mahal-mahal tapi kualiti sama macam yang kat pasar malam, ape lah jugak kan brandednya tu? bukan nak cakap yang branded ni tak bagus cumanya kena pandai pilih dan sesuaikan dengan tema lah.

namun, ada jugak yang cap ayam harga macam yang branded. kadang tu yang branded lagi murah dari yang cap ayam tu. haillaaa..macam-macam. pening jugak nak pilih fesyen yang sesuai ni. pendek kata nak kena pandai memilih la dalam bab beli-membeli ni. aku ni pun kadang cerewet jugak nak beli dan belah ni terutamanya pakaian. tapi kalau design, patern, bentuk, harga semua okay, aku on je. tak kisah la murah ke mahal. kat bawah ni ada 2 contoh t-shirt murah cap biasa-biasa je yang aku beli konon-konon nak pakai dok rumah. tapi last-last nya siap pakai jalan-jalan. korang boleh nilai sendiri ok.

amacam t-shirt ni? rega RM 10 je kalau tak silap. beli kat Giant.


t-shirt ni pun sama dengan yang atas tu. 

2 t-shirt ni aku beli dah berzaman. nak tau brand ape? cuba click bebesar nampak dak tag tu? brand USON wa cakap lu!! haha..pernah dengar? mesti tak pernah kan sebab deknon pakai yang branded je. memang cap biasa-biasa pun tapi kedua-dua t-shirt tu siap sampai ke Sarawak dah jangan tak tau. rega seploh hengget je tapi kalau dah selesa dan agak sesuai bagi aku untuk jalan-jalan, aku bantai je. lagipun brand tag dok kat dalam deknon! takde sape tau brand ape yang kau pakai tau?