Thursday, April 25, 2013

Berjalan-jalan di Kuala Lumpur: Central Market & Masjid India

Dua hari lepas aku dengan adik pergi jalan-jalan di kota Kuala Lumpur. Tujuan asalnya untuk pergi beli barang di sekitar Masjid India. Dalam perjalanan tu aku cakap kat adik, "Jom kita pegi Central Market. Tak pernah pun pergi sana walaupun dah bertahun-tahun dok KL. Asyik lalu je."

Dengan berbekalkan skuter honda putih tu, kitaorang membawa haluan ke Central Market (CM). (kitaorang merempit je ke KL kali ni). FYI, kalau nak ke KL dengan motorsikal, masa yang diambil lebih kurang sama je dengan naik kereta. Lebih kurang setengah jam gitu la dari Kelana Jaya. Kelebihan naik motor masuk bandar ni ialah boleh nak cilok-cilok masa jammed & senang nak parking.


Bila dah sampai tu, kitaorang macam segan-segan ayam nak bertelur pulak nak masuk dalam CM tu. Maklumlah, dok KL tapi tak pernah pun pergi CM ni. Rasa macam pelancong dari negeri lain pulak yang datang melancong waktu cuti sekolah. Ah! Lantak la. Masuk jeeee!!! heeee..

Dah masuk dalam tu masing-masing dengan ayat "cantiknyaaaa...". apa yang cantik pun aku tak tahu. Tapi sumpah dalam tu memang cantik. Penuh dengan kedai-kedai dan kioks-kioks yang menjual pelbagai barangan kraftangan, barangan antik, beg, jam, frame, dan macam-macam lagi la. Oh ya! masa mula-mula jejak kaki dalam CM ni kitaorang rasa macam pergi ke Istana Budaya atau berada dalam majlis tradisional sebabnya diorang pasang lagu tradisional dalam satu bangunan ni (muzik je, bukan lagu pun). Terasa la ke-Melayu-an di situ. Muzik ni juga untuk adalah untuk menunjukkan identiti Malaysia kepada pelancong luar.

nampak ciri ke-Melayu-an & ke-Malaysia-an disitu!

 Central Market ni dua tingkat. Bahagian bawah lebih kepada kedai-kedai dan kioks-kioks yang menjual cenderamata, barangan kraftangan, frame tulisan jawi, ala-ala "Sinma" (lupa apa nama kedai tu), restoren (Old Town White Coffee & few more) dan macam-macam lagi.

yeay!! kek! untuk hiasan je ni. bukan real. tapi sangatttt lembut dipegang. macam kek betul!

kek lagi!! kek-kek ni ada dijual di kedai yang ala-ala "Sinma" tu.

Jalan-jalan, tengok-tengok kiri kanan, singgah kedai tu kedai ni...dan ini yang palingggg kitaorang suka tengok. Kioks yang menjual pelbagai jenis jam tangan. Pilih je ikut selera korang nak yang macam mana. Jam "kraftangan" yang dijual sangatttt cantik dan murah!! Beli banyak lagi murah! Tak caya cuba pergi kioks yang bernombor NK32. Jurujual dia nama Bella kalau tak silap.

jam tangan yang sangat cantik dan sweet!

cuba je. beli nya tak..heee

ni kedai yang depat kioks jam tangan tu

Manakala bahagian atas pula lebih kepada kedai-kedai menjual baju dan tudung. Banyak kedai yang menjual kain dan baju batik kat sini. Macam-macam boleh pilih.

macam-macam jenis batik dijual


 Bila dah ada kat atas tu baru perasan, kebanyakan batik dah dipelbagaikan kegunaannya. Dah banyak improve dari segi fesyennya. Kalau dulu kain batik tu dipakai oleh makcik-makcik kat rumah je, sekarang ni dah tak segan dah kalau nak pakai kain batik untuk pergi jalan-jalan. Ada pelbagai jenis skirt dan seluar yang diperbuat daripada kain batik. Salah satunya macam kat bawah ni.

Wrap skirt. macam pakai pareo.
Jom jelajah bahagian luar CM pulak. Bahagian luar ni terkenal dengan nama Kasturi Walk di mana terdapat banyak kioks-kioks yang menjual pelbagai jenis barangan yang diletakkan di sepanjang Kasturi Walk ni. Ada yang menjual selipar, bag, keychain, aksesori telefon, gerai makan (Uncle Bob, Ayamazz Roti Impit, Cool Blog). Kasturi Walk ni dipenuhi dengan Wau Bulan (Kelantan) yang cantik sebagai bumbungnya.

Kasturi Walk

Kioks-kioks

Take a break!

enjoying our Uncle Bob!
Dah habis keliling Central Market dan Kasturi Walk, kitaorang terus ke tempat sebenar yang nak dituju. Next station: Masjid India..heee


tengok gambar jelah kat Masjid India ni.

penuh dengan kedai-kedai pakaian

aksesori lain pun ada jugak!
nota kaki:
1) Masjid India sesuai untuk orang yang gila shopping baju dan tudung! sila lah ke sini kalau nak cari blouse, tudung & selendang yang lawa-lawa. harga boleh nego dengan syarat kena pandai dan tau cara nak nego!
2) Turun LRT Masjid Jamek terus nampak Bazar Masjid India ni.

Selamat berjalan dan shopping!!

No comments: