waaaaahhh !!! kaya la you. semua nak main branded je. tak branded takde kelas kan! ape celop!!!*tak memasal*
sebenarnya kan, tak kisah la pakaian you tu, kasut you tu, beg you tu branded ke tak. yang penting gaya pemakainnya dan kesesuaiannya dengan badan kita ni ha deknon! kalau beli yang branded tapi nampak macam yang cap ayam je buat ape kan? nanti tak pasal-pasal kena gelak je. dah tu pulak kalau beli yang mahal-mahal tapi kualiti sama macam yang kat pasar malam, ape lah jugak kan brandednya tu? bukan nak cakap yang branded ni tak bagus cumanya kena pandai pilih dan sesuaikan dengan tema lah.
namun, ada jugak yang cap ayam harga macam yang branded. kadang tu yang branded lagi murah dari yang cap ayam tu. haillaaa..macam-macam. pening jugak nak pilih fesyen yang sesuai ni. pendek kata nak kena pandai memilih la dalam bab beli-membeli ni. aku ni pun kadang cerewet jugak nak beli dan belah ni terutamanya pakaian. tapi kalau design, patern, bentuk, harga semua okay, aku on je. tak kisah la murah ke mahal. kat bawah ni ada 2 contoh t-shirt murah cap biasa-biasa je yang aku beli konon-konon nak pakai dok rumah. tapi last-last nya siap pakai jalan-jalan. korang boleh nilai sendiri ok.
![]() |
amacam t-shirt ni? rega RM 10 je kalau tak silap. beli kat Giant. |
![]() |
t-shirt ni pun sama dengan yang atas tu. |
2 t-shirt ni aku beli dah berzaman. nak tau brand ape? cuba click bebesar nampak dak tag tu? brand USON wa cakap lu!! haha..pernah dengar? mesti tak pernah kan sebab deknon pakai yang branded je. memang cap biasa-biasa pun tapi kedua-dua t-shirt tu siap sampai ke Sarawak dah jangan tak tau. rega seploh hengget je tapi kalau dah selesa dan agak sesuai bagi aku untuk jalan-jalan, aku bantai je. lagipun brand tag dok kat dalam deknon! takde sape tau brand ape yang kau pakai tau?
No comments:
Post a Comment