Friday, March 11, 2011

cuti-cuti Malaysia: Sarawak

alop!! *mood ceria lepas trip ke Sarawak*

trip ke Sarawak ni di rancang dari tahun lepas lagi. kami dapat tiket murah masa AA buat promosi bulan 5 tahun lepas. nak tau berapa harga yang kami bayar? hanya RM15 je pergi balik! fuyoo!!! tak caye?? harusssss la kena percaya okay! masa tu harga tiket RM 0. kami hanya bayar untuk tax je. hoho!!

mana nak dapat kan! kat AA je boleh dapat ni setakat ni. dengan RM15 dah boleh pergi sampai Sarawak, dah boleh menyeberangi laut China-Selatan.

kalau dikira dicongak la kan, RM15 tu pada hari biasa dan kadar biasa kita boleh sampai mana jepun. paling-paling tak pun dari stesen LRT balik ke rumah (tu pun kalau naik teksi & rumah bukan sejengkal dari stesen LRT).

ni dekat airport

bandar Kuching

sepanjang 4 hari kat Sarawak, kami menginap di Tune Hotel. murah & sesuai dengan bajet. untuk jalan-jalan pulak kami sewa kereta kancil (jer) sebab kami bertiga je pun. tak perlu kereta besar-besar.


ni masa kat Sarawak Culture Village (SCV). lupa dah kat rumah kaum ape.
rumah tradisional Sarawak
perahu ni digunakan untuk menghubungkan dua bahagian iaitu dari bandar Kuching dgn kampung di sekitarnya. tambang 40sen je masa kitaorang pergi.
perahu untuk menyeberangi sungai Sarawak

pengangkutan mereka

ni Dewan Undangan Negeri Sarawak yg tersergam indah di seberang sungai Sarawak. kiranya depan Sarawak Waterfront la ni.
Dewan Undangan Negeri Sarawak

bila berjalan sepanjang kawasan Sarawak Waterfront tu anda akan nampak bangunan ni. bagi aku ianya ada seni. dan ianya bukanlah bangunan biasa-biasa tetapi adalah sebuah penjara di zaman penjajah dulu. wow!
penjara di zaman penjajah (view dari belakang)

penjara di zaman penjajah (view dari depan)

dan pokok yang cantik ni berdepan dengan penjara tadi.
ciptaan yang Maha indah dari-Nya
 muzium sejarah cina ni kitaorang tak sempat masuk pun + tak tahu macam mana nak masuk.
Muzium Sejarah Cina

ni some of view di halaman Sarawak Culture Village (SCV) @ Kampung Budaya Sarawak yang berada di Santubong. sepanjang perjalanan dari Kuching nak ke Santubong ni, terngiang-ngiang lagu Puteri Santubong.   ada kenalan dari Sarawak cakap, bila naik sini jangan nyanyi lagu tu. tak tahu la pulak kenapa.
Sarawak Culture Village



ni antara makan Sarawak yang sempat kami rasa & amik gambar.
laksa Sarawak

nasi Barok kalau tak silap. :)

jauh-jauh datang ke Sarawak, ape lagi...amik la peluang untuk mencuba & bergaya dengan pakaian suku kaum yang ada di Sarawak. tapi dah lupa dah ni pakaian suku kaum apa. untuk pakai baju ni diorang kenakan cas, tapi dah lupa berapa ringgit. (semua pun lupa!!)
pakaian tradisional Sarawak

mencari sedikit cenderamata untuk family. banyak barang kraftangan yang dijual di sini & banyak pilihan. bagi sesiapa yang gila barangan kraftangan tu, confirm akan rambang mata. tak tahu nak pilih mana satu!
looking for some handicraft
 mencuba jugak naik perahu yang harga 40sen tu. pergi jalan-jalan kat kampung kek lapis.
with my best buddy!

ni entah mana-mana pantai je kitaorang jumpa. on the way ke Santubong, kitaorang nampak pantai ni. masa balik tu singgah la kejap. pusing-pusing kampung orang jugak la nak jumpa pantai ni. sebenarnya, aku yang beriya nak pergi pantai ni. dan kerana aku jugak tukang drive, jadi aku halakan la steering tu ke mana aku nak pergi..haha


amik la jugak gambar sekeping dua dengan kucing sebagai "syarat" dah sampai ke Kuching! hee..


ni kat dataran di kawasan waterfront. bergambar bersama kenalan dari Sarawak.


persembahan tarian tradisional suku kaum Sarawak di SCV.



cerita-cerita mitos yang di ukir di dinding di sekitar waterfront. kena jalan pusing habis satu keliling baru jumpa wall ni.
story telling on the wall
ada satu benda lagi yang aku suka tengok di sepanjang walkway kat waterfront ni. banyak papan tanda amaran/larangan yang di lekatkan pada pagar di sepanjang walkway tersebut. dan salah satunya macam yang ni.


dan iniiiii...bagi sesiapa yang memang penggemar makanan laut, anda boleh dapatkannya di Topspot ni. ada banyak kedai yang boleh anda pilih. masa kitaorang pergi hari tu member yang kat Sarawak yang bawakan.


trip ke Sarawak memang berbaloi. tapi lagi berbaloi kalau boleh cover banyak tempat. jangan duduk je kat Kuching. banyak tempat yang korang boleh pergi & teroka!

No comments: